top of page

Siapa pendendam: Bandingkan era Mahathir, era Kerajaan Madani



Oleh: Abdullah Zaid


Pembangkang dan laskar siber pro PN yang mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pendendam ekoran siasatan ke atas bekas menteri dalam isu rasuah perlu membandingkan di antara dua era pemerintahan.


Dakwaan kononnya era pemerintahan Kerajaan Madani kejam berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohammed yang kini menjadi penasihat empat negeri Perikatan Nasional (PN) perlu diteliti secara berfakta.


Bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, PN perlu meneliti sejarah apakah pengkritik kerajaan era Tun M dibenarkan bebas seperti hari ini atau pun mereka disumbat ke kem tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) utuk disenyapkan.


"Elok PN ingat semula dan muhasabah tindakan oleh Tun Mahathir dulu. Betapa ramai yang berpendapat ia tindakan zalim.


"Bahkan pada ketika itu, mereka (kerajaan) menekan, mengugut dan memenjarakan ramai ahli politik pembangkang, wartawan dan aktivis," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Jelas mantan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu, pada era pentadbiran Mahathir individu yang menentang kerajaan dalam had dibenarkan oleh sistem demokrasi ditahan dan tidak diberi peluang untuk membela diri, termasuklah tokoh politik dalam Pas.


Manakala tokoh politik UMNO yang cuba mencabar Mahathir akan dikenakan pendakwaan terpilih sebagaimana yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.


"Hampir semua agensi di bawah telunjuk beliau (Tun M). Tak berdendam kesumatkah begitu?" tanyanya.


Bagaimanapun, kata Syed Ibrahim, pada era Anwar pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan hampir setiap bulan tidak pun ditahan di bawah SOSMA atas tuduhan mensabotaj negara kerana kerajaan mengutamakan kedaulatan undang undang.

"Tetapi Anwar dan sesiapa pun tidak boleh bersikap serupa (pentadbiran Tun M). Kuasa tidak boleh disalah gunakan. Bersama kuasa ada bersamanya amanah dan pertanggungjawaban," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page