top of page

Sia-sia perjalanan pulang beraya lebih 12 jam jika `melekat’ dengan gajet

  • Writer: Noraini Nordin
    Noraini Nordin
  • 4 days ago
  • 2 min read

CORET- CORET AIDILFITRI 2026: Cuti raya dihabiskan dengan gajet..


Sia-sialah kalian menempuh perjalanan darat lebih 12 jam untuk pulang beraya bersama keluarga tetapi akhirnya `melekat’ dengan peranti atau gajet masing-masing.


Inilah antara rungutan yang kerap diluahkan oleh komuniti kepada penulis yang terkilan dengan sikap sesetengah anggota keluarga yang pulang beraya, namun lebih asyik melayan gajet masing-masing daripada berbual mesra bersama ahli keluarga.


Cuti panjang sempena Syawal yang diharapkan dapat mempereratkan hubungan kekeluargaan namun dipersia-siakan gara-gara gagal berpisah dengan gajet.


Tabiat buruk semakin membarah


Fenomena ketagihan gajet adalah antara tabiat buruk yang kini membarah dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk warga emas, remaja serta kanak-kanak.


Menyapu halaman rumah boleh mengurangkan aktiviti kanak kanak bermain gajet. Gambar hiasan
Menyapu halaman rumah boleh mengurangkan aktiviti kanak kanak bermain gajet. Gambar hiasan

Ironinya mereka tidak boleh hidup tanpa gajet dan gagal mengawal diri daripada ketagihan gajet sehingga merosakkan jiwa serta minda.

Niat asal mahu beraya bersama keluarga untuk melepas rindu sambil mempereratkan hubungan siratulrahim, namun malangnya lebih banyak masa dihabiskan bersama gajet.


Penagih gajet tidak dapat berpisah dengan peranti walaupun cahaya Syawal sudah menembusi jendela pagi. Lebih parah lagi, malam raya dihabiskan dengan bermain video games hingga ke subuh. Akibat sikap buruk ini tidak cukup tidur, wajah lesu dan emosi serta minta terganggu.

Pada zaman digital hari ini, gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Dari bangun tidur hingga sebelum saat lena alat peranti tetap di sisi.


Kesan terhadap kesihatan


Walaupun teknologi memudahkan urusan harian, namun jika digunakan dengan cara sia-sia khasnya kalangan kanak-kanak, tanpa disedari, tabiat ini memberi pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan fizikal, mental dan hubungan sosial.


Anak anak boleh menolong di dapur melakukan aktiviti berfaedah. Gambar hiasan
Anak anak boleh menolong di dapur melakukan aktiviti berfaedah. Gambar hiasan

Walaupun ada yang beranggapan ketagihan gajet fenomena biasa namun ia boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan jika tidak dikawal.


Penggunaan gajet berlebihan semasa berkumpul menyebabkan kurangnya interaksi sosial dan perbualan bersemuka.


Tip Mengurangkan Ketagihan Gajet Sewaktu Beraya:


* Tetapkan Waktu "Bebas Gajet": Contohnya, tiada telefon semasa makan atau sesi berbual bersama keluarga di waktu malam.


* Aktiviti Fizikal: Bawa anak-anak dan keluarga melakukan aktiviti luar seperti melawat hasil pertanian di kebun, membersihkan kawasan rumah atau membantu memasak biskut raya di dapur.


* Permainan Tradisional: Bawa permainan dalaman (board games) atau permainan tradisional yang boleh dimain bersama.


* Kawal Penggunaan Gajet . Guna gajet bila perlu contoh elak jemu sewaktu menempuhi perjalanan jauh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page