Sheikh Yusuf al-Qaradawi, ulama besar dunia Islam dikenang melalui karya karya agung beliau yang mencerahkan umat.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Qaradawi seorang tokoh gergasi dalam bidang ilmu itu amat sederhana dalam pandangan keilmuan dan sikap dakwah.
Sebagai sahabat, katanya, antara kalimat yang paling mengesankan dari Qaradawi adalah mengenai kesederhanaan yang sering diajarkan dan menjadi amalan hidupnya.
"Katanya (Qaradawi) Quran lebih banyak (menyebut) wasatiyyah. Cara dia kupas luar biasa. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pernah menerbitkan rencana Sheikh Qaradawi mengenai kesederhanaan.
"Kekuatan dia ini kerana menimba ilmu dari turath khazanah lampau, tetapi mengolah dengan cara kefahaman semasa.
"Kita dengar orang kupas "khairah ummah" tetapi dia kupas itu cukup menarik.
"Dia bawa kupasan itu luas daripada luang lingkup yang biasa," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Peluncuran Buku “Syeikh Yusuf al-Qaradawi Sebuah Autobiografi Sang Pelita Umat” yang diterbitkan oleh Kumpulan Darul Fikir Sdn. Bhd, di Kuala Lumpur, petang tadi.
Selain itu, Anwar juga mengungkapkan sikap Qaradawi sebagai seorang sahabat setia ketika beliau menempuh ujian getir konspirasi politik 1998 dan 2014.
Beliau masih ingat pesan Qaradawi pada 2 hari sebelum ditahan ISA pada 1998. Katanya, Qaradawi dengan tenang menyebut sabar dan percaya kepada ketentuan Allah. Pesanan itu, katanya, menjadi azimat yang dipegang sehinggalah mencapai kegemilangan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
"Saya nak jadi murid (Qaradawi) pun malu kerana dia tokoh gergasi dalam bidang ilmu. Tetapi dia anggap sahabat. Ada hal kita tanya dia, ada hal dia tanya kita. Ada hal dia anggap kita lebih tahu dari dia untuk memberikan rasa selesa. Itu sikap dakwah.
"Dari dulu dia menunjukkan cara ambil berat. Apatah lagi hidup saya, Azizah dan anak anak, keluar masuk masuk penjara
"Saya masih ingat 2 malam sebelum ditangkap pada 1998, dia telefon saya. Dia dengan tenang menyebut sabar. Kerana tiada kekuatan (selain Allah), jangan harap kepada yang lain kecuali Allah," katanya.
Oleg itu Anwar mengharapkan karya Qaradawi yang diterjemah akan dibaca oleh umat Islam Malaysia untuk menjadi masyarakat yang wasatiyyah di tengah tengah kecelaruan pemikiran Islam yang dicampuradukkan politik pada ketika ini.
コメント