top of page

Shamsul lapor polis tohmahan konon PM arah rakam ahli politik Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 minute ago
  • 2 min read

DS Shamsul (lima dari kanan) menunjukkan laporan polis ke atas Albert Tei dibuat di Balai Polis Sandakan
DS Shamsul (lima dari kanan) menunjukkan laporan polis ke atas Albert Tei dibuat di Balai Polis Sandakan

Tohmahan yang semakin menjadi jadi menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRN) Sabah sehingga mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mengarahkan dibuat rakaman tersembunyi ke atas beberapa ahli politik Sabah dalam skandal rasuah sebelum ini tidak boleh dibiarkan.


Sehubugan itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan yang sengaja mengaitkan beliau dan Perdana Menteri itu.


Menurut Shamsul, laporan tersebut dibuat pada jam 5.05 petang terhadap individu bernama Albert Tei, yang didakwa menyebarkan tohmahan kononnya wujud arahan daripada Datuk Seri Anwar, dan mencemar imej PM yang sedang turun berkempen pusingan akhir pilihanraya Sabah.


"Perbuatan tuduhan fitnah ini jelas satu konspirasi jahat untuk memburukkan imej PM dan usaha terancang untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik, apatah lagi di musim kempen pilihanraya Sabah," tegas beliau.


Shamsul turut menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan mana-mana pihak menggunakan nama atau jawatannya sebelum ini sebagai alat untuk mencetuskan kekeliruan atau mencemarkan reputasi Perdana Menteri.


"Saya tidak akan membiarkan mana-mana individu menggunakan nama saya atau jawatan saya sebelum ini untuk cuba menjatuhkan kerajaan atau mencemarkan nama baik Perdana Menteri," katanya.


Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan segera terhadap tuduhan tersebut.


"Saya yakin pihak PDRM akan memulakan siasatan segera, dan sedia memberi kerjasama bagi siasatan oleh mana-mana badan penguatkuasaan termasuk SPRM," jelasnya.


Semalam pihak tertentu menularkan video yang membabitkan seorang wanita yang didakwa dikaitkan dengan Shamsul berbincang mengenai rakaman ke atas ahli politik Sabah yang dikaitkan dakwaan rasuah baru baru ini.


Bagaimanapun, sepanjang rakaman video itu tiada satu bukti pun diketengahkan melainkan sekadar perbualan bersama wanita yang dipudarkan wajahnya itu.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page