top of page

Shamsul Iskandar sampaikan sumbangan PM kepada mangsa kebakaran



Dugaan sebuah keluarga di Kampung Tanjung di Rembau, Negeri Sembilan yang ditimpa musibah kebakaran pada Rabu mendapat perhatian Perdana Menteri (PM).


Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin telah menyampaikan bantuan kewangan kepada keluarga berkenaan semalam.


Menurut Shamsul, bantuan dihulur PM itu bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga bekas imam, Abd Rahaman Che The, 73 yang berdepan ujian hebat apatah lagi kejadian tersebut berlaku ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.


"Keluarga ini berdepan ujian hebat, saya mewakili Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah dan tentunya kami hadir bagi menunjukkan rasa simpati serta menyampaikan sumbangan bagi membantu meringan beban keluarga ini," katanya dipetik.


Media sebelum ini melaporkan sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas rumah mereka terbakar dan musnah sekelip mata dalam kejadian di Kampung Tanjung, Gadong di sini malam semalam.


Abd Rahaman berkata, kebakaran melibatkan rumah pusaka arwah isterinya itu berlaku kira-kira pukul 7.28 malam dan dia yang ditemani anak, menantu dan cucu yang seramai 13 orang bergegas keluar dari rumah tersebut ekoran api merebak begitu cepat.


Sementara itu anak Abd Rahaman, Muhammad Al-Hafiz, 35 yang menerima sumbangan tersebut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang prihatin dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.


"Kami sangat bersyukur dan berterima kasih atas kesudian beliau membantu kami," katanya.


Turut hadir mewakili Ahli Parlimen Rembau, Setiausaha Politik Datuk Seri Mohamad Hassan ialah Datuk Ton Zalani Mat Darus serta wakil Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan serta Pejabat Daerah Rembau.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page