top of page

Shamsul Iskandar bakal buat laporan polis terhadap Chegubard

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 6, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan membuat laporan polis terhadap aktivis Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard.


Dalam kenyataan medianya, Shamsul Iskandar berkata, laporan itu akan difailkan di Balai Polis Seberang Jaya pagi ini susulan satu tuduhan berhubung penyelewengan dana badan bukan kerajaan (NGO) yang mengaitkan namanya di akaun Facebook.


"Seorang pengguna aplikasi Facebook di bawah nama ‘Che GuBard’ yang telah dimuat naik fitnah yang mengandungi pelbagai tuduhan dan tohmahan yang tidak benar, tidak berasas serta berniat jahat untuk menjatuhkan maruah saya.


"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan tohmahan jahat yang telah dibuat ke atas diri saya.


"Saya akan membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya, esok 6/1/2024, Sabtu," kata Shamsul.


Sementara itu bekas Ahli Parlimen itu menegaskan, segala prosedur pemberian sumbangan kepada mana-mana pihak termasuk NGO perlu melalui tatacara yang telah ditetapkan oleh unit penyelarasan pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.


"Saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneliti perkara ini dan memberikan saya nasihat akan tindakan perundangan yang selanjutnya," kata beliau lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page