top of page

Shamsul gesa siasatan terhadap 'Langkah Dubai' dipercepat



Pihak berkuasa polis diminta segera menyempurnakan siasatan terhadap dakwaan cuba menggulingkan Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.


Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan, siasatan terhadap perkara itu penting bagi memastikan pihak yang cuba menganggu-gugat kestabilan negara dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.


"(Pertukaran) kerajaan bersifat jahat dan tidak benar kerana saya yakin dari segi apa yang kita lihat keutuhan komponen dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan.


"Sebab itu, bila ada usaha untuk menggugat kestabilan ini, saya sendiri sebagai setiausaha politik paling kanan pergi ke balai polis membuat laporan," katanya dipetik.


Shamsul sebelumnya ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Mesra Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Kuala Selangor pada Jumaat.


Awal Januari lalu, Shamsul memfailkan laporan polis berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang didakwa bertujuan menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bekas Ahli Parlimen Hang Tuan Jaya itu menggesa supaya pihak berkuasa menyiasat gerakan itu yang jelas melakukan tindakan bertentangan dengan Seksyen 124B dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan.


Menurut beliau, sehingga kini terdapat kira-kira 80 laporan polis dibuat di seluruh negara mengenai perkara berkenaan.


Sementara itu ditanya sekiranya masih terdapat gerakan memujuk ahli Parlimen bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada, Shamsul Iskandar memberitahu perkara itu tidak lagi timbul selepas laporan polis dibuat.


"Saya fikir selepas beberapa laporan polis dibuat tidak ada langsung gerakan itu dan saya percaya pembangkang sebenarnya cuba membuat spekulasi tidak benar," tambah beliau.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page