top of page

Shamsul, Adly 'cool' edar risalah kempen guna skuter

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Nov 13, 2021
1 min read


Menjelang minggu terakhir kempen, calon DUN Paya Rumput Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama calon DUN Bukit Katil Adly Zahari kelihatan 'cool' menaiki skuter kaki mengedar risalah ke rumah pengundi.


Menurut Shamsul, beliau hampir 'berlumba' dengan Adly ketika menaiki skuter pada petang semalam.


Di kawasan DUN Raya Rumput Shamsul lebih senang menggunakan motorsikal untuk mengedar risalah sambil singgah di warung bertanya masalah pengundi.


Sepetang berskuter bersama rakan seperjuangan, calon Ketua Menteri Adly Zahari

Shamsul berjanji akan menyelesaikan beberapa masalah, terutama jalan-jalan kampung yang tidak diperbaiki, masalah perparitan dan pembaikan kemudahan awam.


"Isu utama yang diperjuangkan di Paya Rumput adalah masalah banjir, perparitan dan saliran, peruntukan penyelenggaraan yang dikurangkan serta jaringan internet yang lemah," katanya.


Sehubungan itu, Ketua Penerangan KEADILAN tersebut menyeru agar pengundi keluar beramai-ramai pada 20 November ini bagi mengundi calon nombor 2, memangkah Pakatan Harapan.


"Ayuh kita sama-sama mengambil langkah terbaik dengan mengundi. Demi memastikan demokrasi negara yang lebih adil dan mantap pada masa akan datang," katanya lagi.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page