top of page

Setiausaha Politik PM santuni penyanyi Ali XPDC

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 21, 2024
  • 1 min read

ree

Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politinya Farhan Fauzi menyantuni penyanyi Ali XPDC yang menghidap masalah kesihatan di kediamannya di Bandar Salak Tinggi, Sepang semalam.


Perdana Menteri berkata pihaknya dimaklumkan Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 56, menghidapi masalah paru-paru hingga menyukarnya beliau untuk terus berkarya dalam dunia seni.


"Saya juga difahamkan saudara Ali dan keluarga hanya bergantung harap kepada jualan produk maruku yang dihasilkan oleh isterinya," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.


Anwar berkata bagi meringankan beban Ali dan keluarga, Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak beliau.


"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah.


Bagi yang berminat untuk membeli maruku hasil usaha isteri Ali boleh hubungi ‪011‑7070 0885‬ (Sharifah).


Laporan media sebelum ini menyebut susulan diserang penyakit angin ahmar dua tahun lalu, Ali mengakui mengalami kesukaran menyanyikan lagu bernada tinggi selain masalah gagap.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page