top of page

Setiausaha Politik PM sampaikan sumbangan kembali ke sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 27
  • 1 min read

Shamsul menyampaikan sumbangan kepada pelajar sekolah Kampung Pulau Beluru, Tumpat Kelantan
Shamsul menyampaikan sumbangan kepada pelajar sekolah Kampung Pulau Beluru, Tumpat Kelantan

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kelmarin menyampaikan sumbangan kembali ke sekolah di beberapa tempat di Kelantan.


Dalam sehari beliau menyampaikan sumbangan barangan asas keperluan sekolah kepada ibu bapa dan anak-anak melalui program Majlis Sumbangan Skuad Ihsan MADANI JPJ dan Pakaian Seragam Sekolah kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior, Tanah Merah, Kelantan.


Kemudian Shamsul bergegas ke Tumpat untuk menyampaikan sumbangan sama kepada ibu bapa dan murid di sana.


"Usai program sumbangan barangan asas keperluan sekolah kepada ibu bapa dan anak-anak di Tanah Merah, saya terus ke Dewan Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Kampung Pulau Beluru, Tumpat Kelantan bagi menyerahkan sumbangan seragam sekolah di sini.


"Program yang baik ini adalah hasil kerjasama Badan Kebajikan dan Pendidikan Pelajar Miskin Malaysia. Semoga sumbangan ini dapat membantu dan memberi sokongan moral kepada anak-anak ini dalam memastikan mereka lebih bersemangat memulakan sesi persekolahan," katanya.


Dalam ucapannya, Shamsul sempat berpesan kepada murid murid sekolah agar tidak lupa akan jasa kedua ibu bapa apabila telah berjaya suatu hari nanti.


Beliau berharap sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit beban keluarga serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page