top of page

Setiausaha Politik PM raikan 18 program korban di Melaka

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 30, 2023
  • 1 min read


Hari Raya Aidiladha memberi peluang kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang pulang dan meraikan ibadah korban bersama masyarakat di kampung halamannya, Melaka.


Menurut Shamsul, beliau meraikan ibadah korban di 18 lokasi semalam dan sempat beramah mesra bersama rakan rakan lama, penyokong dan kariah di beberapa masjid.


"Pada hari ini saya dapat selesaikan 18 program ibadah korban di Melaka. Dari 7.30 pagi hingga lewat petang melapah (daging) di Jasin, Hang Tuah Jaya, Kota Melaka, Ayer Keroh dan Tangga Batu.


"Ibadah korban melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat rezeki yang telah dikurniakan," kata Shamsul.



DS Shamsul mengambil peluang melapah daging korban di masjid yang dikunjunginya

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page