top of page

Setiausaha akhbar, UKK mesti proaktif lawan fitnah - PM



Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat digesa bersikap proaktif bagi melawan fitnah dan tipu daya pihak tertentu.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka selaku jentera utama komunikasi kerajaan memiliki peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan.


Ia terutama dalam menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat dan mengangkat kembali martabat negara ini.


"Usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil yang segera, tetapi apa yang pasti rakyat mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang," katanya melalui hantaran di laman Facebooknya.


Anwar berkata begitu sebagai mengulas Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat di Putrajaya pada Sabtu.


Sambil melahirkan keyakinan pemukiman itu dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat, Anwar turut meletak jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak kerja golongan itu yang mempunyai peranan penting menyebar luas dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan kepada masyarakat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page