Setiausaha Agung PBB sanjung pendirian teguh Malaysia bela Palestin
- Suara Keadilan

- 3 hours ago
- 1 min read

Pendirian tegas Malaysia yang konsisten memperjuangkan hak rakyat Palestin di pentas antarabangsa menerima pujian Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres (gambar).
Guterres pada sidang media sebelum menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-PBB di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin berkata, Malaysia sentiasa memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan menubuhkan negara sendiri.
Mengulas mengenai cadangan penubuhan Misi Pengaman PBB ke Gaza, Guterres menjelaskan bahawa perkara itu masih dibincangkan dan belum dimuktamadkan.
"Apa yang penting sekarang ialah memastikan gencatan senjata dipatuhi sepenuhnya dan fasa pertama perjanjian dilaksanakan.
"PBB bersedia memainkan apa jua peranan yang dipersetujui oleh pihak-pihak utama dalam proses berkenaan," katanya dipetik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menyatakan kesediaan Malaysia menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Gaza.
Dalam pertemuan dua hala bersama Guterres, beliau turut menegaskan pendirian teguh terhadap perjuangan Palestin, serta mengalu-alukan pendirian konsisten PBB dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menegaskan bahawa sekatan rejim Israel terhadap bantuan kemanusiaan di Gaza melanggar undang-undang antarabangsa.









Comments