top of page

Setiausaha Agung DAP kunjungi Premier Sarawak

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 24, 2022
1 min read


Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook pagi ini melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Abang Haji Openg di kediaman beliau di Kuching.


Menurut satu kenyataan, dalam kunjungan itu Loke membincangkan pembaikan hubungan antara partinya DAP dan parti parti yang membentuk kerajaan Sarawak.


"Kami mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.


"Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif," katanya dalam kenyataan hari ini.


Turut hadir bersama dalam kunjungan itu Timbalan Premier Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page