Sistem kehakiman Malaysia mungkin berdepan duluan yang kurang menyenangkan apabila pihak-pihak yang didakwa di mahkamah dengan pelbagai pertuduhan penyelewengan berpuluh juta ringgit dikembalikan pasport untuk 'terbang' keluar negara
Menanggapi fenomena berkenaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam hantaran di Twitter menyifatkan 'Setiap orang boleh terbang' dalam pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional 2.0.
"Najib - Singapura, Rosmah - Singapura, Zahid - Jerman, Shafee Abdullah - New York
"Now everyoner can fly," katanya.
Sebelum ini netizen membandingkan nasib graduan yang dilarang keluar negara akibat tidak membayar hutang PTPTN.
Mereka berhujah, berbanding hutang PTPTN sekitar RM30,000 - RM40,000, jenayah penyelewengan yang jauh lebih tinggi nilainya dibenarkan pula meninggalkan negara.
Hal itu menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengguna media sosial.
Comments