Setengah tahun PN perintah, mana dasar pro-Melayu?



Kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional (PN) mencanangkan ke seluruh negara bahawa mereka adalah pembela Melayu tulen.


Kerajaan ini juga mengindoktrinasikan ke dalam minda Melayu kononnya ekonomi dan sosial kaum itu akan diangkat lebih bermaruah.


Namun selepas 6 bulan PN memerintah, kaum Melayu tertanya-tanya apakah dasar pro-Melayu yang diluluskan oleh kerajaan Melayu Raya tersebut?


Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, konsep mengangkat maruah Melayu itu hanyalah 'temberang' PN untuk meraih sokongan. Sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah menjenamakan semula dasar-dasar yang dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk kebaikan rakyat sepanjang 22 bulan lalu.


"Kalau perjuangkan Melayu mereka kena buktikan. Digembar-gembur kerajan PN ini Melayu Islam tetapi apa perjuangan Melayu yang dilakukan lebih 6 bulan PN memerintah, malah berpuluh tahun BN memerintah dulu?


"Banyak manakah Melayu yang dijaga? Adakah kedudukan ekonomi Melayu bertambah baik, berapa tanah yang diberikan pada orang Melayu di zaman Umno perintah?" tanya beliau ketika dihubungi.


Menurutnya, temberang PN ini lebih keras menjelang Pilihan Raya Kecil dan kini diura-urakan negara akan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pula dalam tempoh terdekat.


Kata Abdullah, BN dan PN sangat bergantung kepada undi Melayu yang berjaya ditipu atas sentimen Melayu. Sedangkan mereka tidak berniat pun untuk memperkenalkan dasar khas ekonomi, pendidikan atau sosial Melayu sekiranya PN benar-benar mahu memperjuangkan 'Melayu didahulukan' dalam politik Malaysia.


"Mereka kata perjuangkan hak Melayu. Sekarang mahu PRU dia akan gunakan sentimen itu.


"Mereka lontarkan pada rakyat bahawa PN pejuang Melayu tulen. Apa perjuangan Melayu yang telah diperkasakan? Baik ekonomi, pendidikan dan sosial serta kos sara hidup (semua sama seperti era pemerintahan PH)," sinisnya.


Oleh itu, Abdullah menasihatkan bangsa Melayu, khususnya penyokong Umno-Pas agar berfikir lebih panjang untuk menyokong PN dalam PRU 15.


Mereka seharusnya sedar tiada apa-apa perbezaan jelas pemerintahan PN berbanding PH dan tidak ada satu pun dasar pro-Melayu yang diluluskan oleh kerajaan Melayu Raya tersebut.



PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio