top of page

Setelah 25 tahun, pengaruh KEADILAN di Sarawak berkembang luas



Setelah lebih dua dekad berlalu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengembangkan pengaruhnya di Sarawak dengan keahlian melebihi 100,000 anggota.


Menurut Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, rakyat Sarawak kini gembira dengan perubahan yang dibawa oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui konsep tatakelola baik dan ketelusan pemerintahan.


Beliau berharap, keahlian KEADILAN akan bertambah banyak dalam tempoh 5 tahun parti menerajui pemerintahan di Putrajaya.


"Parti bersifat nasional ini telah dikembangkan ke Sarawak genap 25 tahun lalu dan telah mendapat sambutan hangat dari kalangan warganya.


"Rekod terkini menunjukan sambutan melebihi 100 ribu ahli berdaftar di segenap pelusuk negeri. Manakala Cabang KEADILAN telah berdaftar di semua 31 kawasan Parlimen di Sarawak. Taburan ranting - ranting di merata daerah dan kampung telah memudahkan pengurusan dan pentadbiran Parti.

"Struktur Parti telah dijaga dengan rapi untuk mengelak percangahan tatakelola yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Selain itu untuk memudahkan kepimpinan parti di peringkat akar umbi melakukan pergerakan politik membantu rakyat melalui saluran sah dan berperaturan.


"Namun kemajuan KEADILAN di Sarawak diakui tidak semudah pelafasan semangat. Kekuatan pihak lawan terdahulu dengan kecukupan logistik dan sumber yang ampuh telah menyukarkankan kebangkitan kita bersama sama parti gabungan untuk memenangi banyak kerusi dalam pilihanraya.


"Selain dari itu tahap keyakinan rakyat terhadap parti dan kepimpinan parti masih perlu digilap secara berterusan," kata Abang Zulkifli dalam satu kenyataan sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023.


Bagaimanapun, kata beliau, liku perih dan pedih perjuangan 25 tahun itu terbayar apabila Datuk Seri Anwar yang dibela selama bertahun tahun telah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 10


Katanya, semua yang dicita citakan melalui perjuangan panjang 2 dekad itu mula satu demi satu direalisasikan menjadi dasar negara yang menjadikan rakyat 'tuan' di negara Malaysia Madani.


"Sejarah berliku dengan segala bentuk kepayahan yang dilalui dianggap sebagai asam garam berpolitik. Tetapi dasarnya ialah ke arah citra yang sama, iaitu untuk membangun sebuah negeri yang maju dan seimbang, memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pemerintah.


"Perjalanan mentadbir dan melayari KEADILAN ini telah mengajar erti kesabaran yang tinggi serta mengasah semangat istiqomah yang kental.


"KEADILAN Sarawak merasa sangat bersyukur kerana selama suku abad ini kita telah menyemai semangat berpolitik yang matang.


"Kita tidak bermusuh secara peribadi dengan pihak lawan. Kalau meneggur pun, kita berfakta dan bersopan. KEADILAN Sarawak akan terus menyokong dasar dan polisi pembangunan untuk rakyat dan akan terus menegur di mana yang kita dapati ada kepincangan serta memohon apa yang rakyat masih memerlukan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page