top of page

Setahun PMX: Rekod hebat, beri STR RM3,700 dengan saiz hutang RM1.5 trilion



Rekod paling cemerlang dalam setahun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua kerajaan dan Menteri Kewangan ialah memberi RM3,700 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat memerlukan.


Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, tiada Menteri Kewangan yang mampu berbuat demikian dalam keadaan negara berhutang sebanyak RM1.5 trilion.


Jelasnya, hal itu juga berpunca daripada kebijaksanaan PM membawa pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara dan menambah hasil.


"Kenapa kita mudah nak bawa FDI, kerana hari ini kita ada 2/3 majoriti. Sebab kita kukuh. Orang nak letak duit kah kalau syarikat tiap bulan tukar CEO? Mesti dia letak syarikat yang ada business plan baik, kekal CEO, kukuh, kuat, tak goyah.


"Bila orang buka kilang, peluang pekerjaan bertambah, pengangguran kurang. Kadar jenayah kurang dan ekonomi berkembang.


"Lebih banyak yang kita boleh beri kepada rakyat dalam bentuk subsidi, bantuan.


"Saya terkejut waktu negara ada hutang RM1.5 trilion, Datuk Seri Amwar boleh bagi STR RM3,700.


"Dulu Datuk Najib baru cadang nak beri (kalau menang PRU 2018) kita nak beri RM2,000. Masa itu hutang masih 50.8% berbanding KDNK, hari ini hutang diwarisi lebih 80%. Lebih RM1.5 trilion," katanya dalam forum "Borak Dahsyat: Setahun Malaysia Madani" malam tadi.


Menurut Lokman, perjuangan PM yang mengutamakan golongan bawahan pula terserlah dalam isu baiki tandas sekolah.


Katanya, perbelanjaan awam itu telah memberi hasil kepada kontraktor kecil dan sederhana untuk memperoleh projek bernilai rendah bagi memperbaiki ekonomi rakyat biasa.


"Saya nampak ini kelebihan yang ada pada Datuk Seri Anwar, dia betul beri fokus bantu rakyat biasa, walau pun orang bising, apa cerita balik balik cerita repair tandas.


"Sedangkan faktanya bantuan kewangan oleh Tekun kepada usahawan G1, pinjaman kepada kontraktor baiki tandas seluruh negara berjumlah RM520 juta. Itu yang pinjam, yang ada duit....


"Maknanya tanpa kita sedari Datuk Seri Anwar bantu kontraktor kecil untuk lebih banyak projek yang boleh dimanfaatkan kepada lebih ramai orang," ujarnya.


Sebelum itu, Lokman mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk oleh pelbagai parti sebagai solusi terbaik untuk memastikan ekonomi Malaysia tidak gawat sebagimana tempoh kerajaan 'tebuk atap' 2020 - 2022.


Katanya, kerajaan Muhyiddin amat tidak stabil sehingga tidak boleh melukakan hati mana mana Ahli Parlimen dan terikat untuk membuat sebarang perubahan atau dasar yang tidak dipersetujui oleh Ahli Parlimen secara individu.


"Dia tidak boleh melukakan hati mana mana Ahli Parlimen 114 orang. Bila dia bertindak cuba nak menzalimi Datuk Najib, Datuk Zahid kita tarik 8 orang, bungkus. PM terpaksa serah kuasa kepada timbalan (Ismail Sabri)


"Timbalan walau daripada UMNO tetapi bila kita minta pilihanraya disegerakan dia seret dari bulan Mac sampai Nov (2022).


"Apa jadi kalau ditakdirkan kita belum sempat buat Akta Lompat Parti (kerajaan tumbang). Maka kerajaan yang dibentuk (jika tak ada akta lompat parti) ialah 115 orang yang Hj Hadi kata cukup jumlah.


"Kalau 114 pun, tarik 8 orang jatuh. Cuba bayangkan kalau 115? Apa akan jadi kepada negara kita? Pelabur tak akan masuk seperti sekarang


"Sekarang FDI setiap kali Datuk Seri Anwar pergi keluar negara, pergi Jepun kali pertama dapat RM23 bilion, kini bawa balik RM6.8 bilion, pergi AS dia bawa balik FDI yang besar," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page