top of page

Setahun MoU kerjasama PH - Kerajaan Persekutuan, 83% kejayaan - Fahmi



Memoramdum kerjasama (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) telah pun melepasi usia setahun pada 13 September 2022.


Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu MoU, Fahmi Fadzil, dalam tempoh itu banyak kejayaan besar yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara telah berjaya dicapai.


Katanya, 15 daripada 18 perkara dalam MoU tersebut telah pun dilaksanakan.


"13 September tahun lalu merupakan tarikh keramat apabila PH bersetuju memeterai MoU dengan Kerajaan Persekutuan lalu membentuk kerjasama dwipartisan ke arah reformasi institusi negara.


"Sejak itu dianggarkan lebih 83% perkara-perkara yang telah disepakati dalam MoU sudah berjaya dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.


Antara kejayaan yang paling menonjol, kata Pengarah Komunikasi PH itu ialah Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022; Pewartaan Undi18 dan Pendaftaran Pemilih Automatik yang dilewat lewatkan sebelumnya tetapi dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021; pembaharuan Parlimen dengan menubuhkan pelbagai Jawatankuasa Parlimen dianggotai kalangan pembangkang dan peruntukan sama rata untuk Ahli Parlimen pembangkang.


"Begitu juga Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). MoU berjaya memperkukuhkan usaha ke arah pelaksanaan perkara-perkara yang termaktub dalam MA63 (hak autonomi Sabah dan Sarawak).


"MoU turut menjamin Kebebasan Badan Kehakiman, memastikan badan itu sentiasa bebas dari sebarang campurtangan mana-mana pihak.


"Kesemua transformasi yang dilakukan ini adalah untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih stabil selain membuktikan kepada rakyat yang PH mampu mengetepikan sentimen politik demi kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Fahmi lagi.


Tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, semua transformasi berkenaan berjaya dicapai berkat kebijaksanaan PH berpolitik.


Justeru, beliau menyeru agar rakyat Malaysia mengundi PH untuk sekali lagi mentadbir di Putrajaya untuk meneruskan refomasi institusi.



83% kejayaan memorandum kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page