top of page

Setahun Kerajaan Perpaduan memerintah pelbagai perubahan dirasai rakyat

K


Oleh: Abdullah Zaid


Genap setahun Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi Kerajaan Perpaduan pelbagai reaksi masyarakat menanggapi usaha beliau untuk memulih dan menaikkan kembali imej Malaysia di mata dunia.


Tinjauan Suara Keadilan ke atas sayap Wanita KEADILAN, rata rata berkata prestasi PM amat cemerlang memandangkan begitu banyak cabaran yang dihadapi negara pasca pergolakan politik yang memperlihatkan kerajaan berganti 3 PM dalam tempoh 5 tahun.


Bagi Naib Ketua Wanita Pusat KEADILAN, Datin Faizah Ariffin (gambar atas), tempoh setahun telah menunjukkan kejayaan besar buat pentadbiran PM Datuk Seri Anwar melalui reformasi institusi yang dibawanya.


Katanya biarpun hanya 12 bulan, namun tekad yang dibawa Ahli Parlimen Tambun itu jelas terzahir melalui penggubalan pelbagai dasar dan akta baharu di parlimen.


"Jika kita lihat dari segi Akta Kebebasan Maklumat bagi melindungi mereka yang menyalurkan maklumat berkaitan isu ketirisan dan rasuah, ini adalah bukti kejayaan Kerajaan Perpaduan yang ingin melakukan reformasi institusi ke arah lebih baik.


"Bukan itu sahaja, usaha kerajaan untuk memperbaharui sistem kewangan awam yang lebih efisien juga terbukti dengan pelaksanaan Undang-Undang Kewangan Awam (RUU KATF 2020). Ini merupakan bukti kerajaan serius untuk membuat perubahan," katanya ketika ditemui.


Berkongsi sentimen sama, anggota Wanita KEADILAN Pusat, Idawati Hariman yang juga Ketua Biro Mobilisasi, menggesa masyarakat untuk menilai secara adil usaha Kerajaan Madani dalam memperbaiki ekonomi negara dan menarik pelaburan asing.


Ketua Biro Mobilisasi KEADILAN, Idawati Hariman

Begitu juga, katanya, rakyat perlu mengakui kesungguhan Kerajaan dalam menanggani isu kos sara hidup terutamanya kenaikan harga barang.


"Berbanding kerajaan terdahulu, apabila ada sahaja krisis barang mentah, harga tidak dikawal dengan baik.


"Contohnya pada waktu PN (Perikatan Nasional) jadi kerajaan, harga minyak masak dan ayam naik mendadak dan berpanjangan.


"Walaupun Kerajaan Perpaduan ada mengalami masalah beras tetapi perkara itu berjaya dikawal dan kerajaan sudah membuat perancangan rapi untuk tidak mengulanginya semula," ujarnya.


Sementara itu bagi memastikan Kerajaan Perpaduan sentiasa utuh, Ketua Wanita KEADILAN Johor Zuraidah Zainab Mohd Zain pula menyeru kerjasama rakan komponen dalam blok kerajaan diperkukuhkan lagi.


Ketua Wanita KEADILAN Johor, Zuraidah Zainab Mohd Zain

Jelasnya semangat kebersamaan, terutama kerjasama PH-BN harus diterjemahkan pada peringkat jentera dan akar umbi melalui aktiviti secara bersama.


"Di Johor kami sudah pun membuat program dan aktiviti bersama-sama walaupun di kerusi yang dimenangi BN, tidak timbul apa-apa masalah di antara kami (PH-BN)


"Ia menunjukkan semangat kerjasama itu ada, dan saya percaya jika kita berkongsi hasrat yang sama, Kerajaan Perpaduan ini boleh kekal sehingga 30 tahun lagi," ujar Zuraidah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page