top of page

Setahun jadi kerajaan, utamakan pertanggungjawaban, bukan keselesaan



Ulang tahun pertama KEADILAN menerajui pemerintahan negara pada 25 November 2022, anggota dan pemimpin KEADILAN seharusnya berpaksi kepada perjuangan awal parti.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuasaan tidak seharusnya melemahkan dasar awal reformasi yang dilaungkan sejak 25 tahun lalu, malah perlu menjadi dasar utama dalam pemerintahan.


"Kita terpaksa berdepan (dalam perjuangan) ketika itu dengan penguasa dan sistem yang rakus, rasuah dan zalim. Akibatnya ramai ribuan yang terdedah dengan segala bentuk tekanan dan penderitaan.


"Sebab itu perbicaraan kita harus berpangkal semula soal pertanggungjawaban dan bukan keselesaan. Taklif wala tashrif. Tanggungjawab dan bukan keistimewaan.


"Ini satu pendekatan yang menyeluruh, pertanggungjawaban yang tidak terikat hanya kepada beberapa kerat pemimpin dan bukan rakyat.


"Saya ingin mengajak pimpinan dan anggota untuk kembali menelaah perisytiharan Permatang Pauh 1998. Yang merupakan cita kebangsaan disulami nilai murni. Perisytiharan Permatang Pauh adalah khulasah memperbaiki tatakelola dengan menolak rasuah dan kerakusan," katanya dalam ucapan perasmian Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023, malam ini.


Bagi Anwar, pertumbuhan ekonomi perlu diperkuat dan perlu diagihkan hasil ekonomi secara adil dan mendaulatkan kuasa rakyat.


Katanya, Kerajaan Perpaduan yang diwujudkan diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dipertahankan selepas dipersetujui oleh sejumlah parti.


"Dengan kebijaksanaan Agong mengusulkan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Sebahagian bersetuju, sebahagian menolak


"Yang bersetuju sekarang dalam pimpinan Kerajaan Perpaduan. Yang menolak dalam Perikatan Nasional. Mudah mudahan kekal sebagai pembangkang selama lamanya.


"Saya ambil kesempatan ini menyatakan penghargaan dalam perjuangan bersama DAP di bawah Anthony Loke, Mohamad Sabu pejuang lama memimpin AMANAH. UMNO-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Zahid dan seterusnya dukungan mantap GPS dan GRS sahabat lama," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page