top of page

Sesuai titah Agong pembangkang perlu kembali peranan semak-imbang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 7
  • 1 min read


Pembangkang di negara ini perlu kembali kepada peranan asasnya sebagai wakil kepada rakyat dalam mentadbir negara.


Menurut Naib Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin, peranan itu turut dibangkitkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam titah diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas di Parlimen baru baru ini.


"Pemuda AMANAH Negeri Perak mengambil perhatian terhadap titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII yang menekankan peranan parlimen sebagai medan semak dan imbang dalam pentadbiran negara. Baginda turut menegur sikap ahli politik yang hanya mementingkan survival kelompok sendiri.


"Titah Tuanku ini amat bertepatan dengan keadaan semasa di mana pembangkang seolah-olah lebih fokus kepada survival politik mereka berbanding memainkan peranan semak dan imbang yang membina. Setiap isu cuba dipolitikkan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, kata beliau, pembangkang sewajarnya melaksanakan titah Agong itu dan menghentikan ucapan ucapan politik terutama dalam perbahasan di Dewan Rakyat dan tindakan mengadu domba isu perkauman serta agama di luar parlimen.


"Sejajar dengan titah Tuanku, semua pihak perlu kembali kepada peranan asal mereka sebagai wakil rakyat.


"Pembangkang perlu memainkan peranan check and balance yang membina, manakala kerajaan perlu terbuka menerima pandangan dan kritikan yang membina demi kebaikan rakyat dan negara," katanya.


Tegas Shafiq, dalam sistem demokrasi pembangkang memainkan peranan penting menyemak dan mengimbangi pentadbiran kerajaan.


Namun, hal itu perlu dilakukan secara profesional dan berasaskan fakta bukannya menabur fitnah atau mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page