top of page

Sesi Townhall bentang dasar, pelan tindakan wanita - Exco

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 6
  • 1 min read


Exco Anfaal Saari (kanan) dalam sesi Sesi Townhall 'Sembang Santai Dasar Sampai'
Exco Anfaal Saari (kanan) dalam sesi Sesi Townhall 'Sembang Santai Dasar Sampai'

Oleh: Akmal Manaf


Sesi Townhall 'Sembang Santai Dasar Sampai' sempena Karnival Ceria Selangor baru-baru ini, menyaksikan dua dasar penting dibentangkan iaitu Dasar & Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026 dan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor 2024-2030.


Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, dua dasar itu bukan milik kerajaan semata-mata, tetapi milik semua wanita Selangor.


"Ia hanya akan bermakna jika ia membumi, menyentuh hidup sebenar wanita di bandar dan desa, pekerja dan penjaga, ibu tunggal dan suri rumah, usahawan dan aktivis.


"Insya-Allah, ini bukan kali terakhir kita berbincang. Proses mendengar ini mesti diteruskan agar dasar dan pelaksanaan sentiasa selari dengan realiti rakyat.


"Kerana wanita yang diberdaya, adalah nadi masyarakat yang sejahtera.


"Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyampaikan pandangan. Saya amat hargainya," katanya dalam muat naik di Facebook.


Tegas Anfaal lagi, pihaknya tidak mahu dasar hanya gah di atas kertas dan 'syok sendiri' melakar pelan tindakan tanpa mendengar suara sebenar di lapangan.


Oleh itu katanya, sesi townhall tersebut menjadi medan untuk menghimpunkan penggerak-penggerak wanita dan Ahli-Ahli Dewan Negeri wanita dari seluruh Selangor untuk berdiskusi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page