top of page

Sesi Soal Jawab PM di Parlimen bermula minggu depan



Dewan Rakyat akan melaksanakan sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang bermula 13 Februari ini.


Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata buat permulaan sesi itu belum boleh dilaksana secara tetap dan akan dilaksanakan secara ujian rintis pada setiap hari Selasa selama dewan bersidang.


"Kita cadang sesi itu dilakukan pada setiap Selasa untuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan yang ditujukan kepadanya dan pada Khamis pula, sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).


"Ini antara pembaharuan yang akan dilaksanakan cuma ia belum boleh dimaktubkan sebagai sesi tetap… kita mula sebagai ujian rintis dahulu untuk kita kenal pasti apa masalah yang mungkin timbul susulan pelaksanaannya,” katanya dipetik.


Johari turut menjelaskan, sesi PMQ hanya boleh digezetkan sebagai sesi tetap setelah beberapa pindaan kepada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat diaksanakan.


Sementara itu bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu turut berkata, beberapa perkara berkaitan sesi Dewan Rakyat akan ditambah baik selaras usaha kerajaan mereformasi Parlimen.


Antaranya adalah dengan menambah baik sesi Kamar Khas dengan meningkatkan jumlah usul daripada dua untuk setiap sesi kepada empat usul.


Beliau turut berhasrat membuka ruang kepada Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan untuk mengemudi sesi itu.


"Ini bermakna bukan saya serta dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sahaja boleh mengemudi sesi itu tetapi peluang turut diberikan kepada Ahli Parlimen lain," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page