top of page

Sesi soal jawab PM di Dewan Rakyat hari ini



Satu pembaharuan diperkenalkan di Dewan Rakyat hari ini apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi soal jawab bersama beliau.


Pelbagai soalan boleh ditimbulkan sama ada oleh anggota dewan dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang dalam sesi berkenaan.


"InsyaAllah pagi ini buat kali pertama saya akan menjawab soalan Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.


"Untuk pengetahuan semua, sesi ini akan diadakan pada setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15," katanya.


Terdahulu, Anwar menggesa semua pihak agar menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada semalam yang menyeru supaya kemelut politik yang berpanjangan dihentikan.


"Titah Tuanku agar kemelut politik yang berpanjangan mesti dihentikan dan menumpukan sepenuhnya kepada usaha membangkitkan semula ekonomi mesti dipatuhi semua pihak," katanya menerusi kenyataan di Facebook.


Ketika merasmikan pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Parlimen pada Isnin, Sultan Abdullah bertitah bahawa terpahat dalam sejarah negara bahawa baginda merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong diberi keafiatan untuk memerintah negara dengan empat orang Perdana Menteri bersama empat jemaah menteri berlainan.


Baginda menyatakan harapan agar Anwar adalah Perdana Menteri terakhir sebelum baginda menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada Januari tahun depan.



0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page