top of page

Sesi Parlimen Digital: Semangat, kesungguhan anak muda terpuji

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 4, 2020
  • 1 min read

ree

Sesi Parlimen Digital mungkin satu platform untuk membandingkan sidang parlimen sebenar yang tidak mampu dilakukan pemerintah kononnya akibat rintangan wabak Covid 19.



ree

Bagi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sesi digital tersebut satu langkah berani dan terpuji dari anak muda prihatin dalam membincangkan isu-isu semasa dalam negara.


Dalam kenyataan di Facebook rasminya, Anwar menyokong inisiatif terbabit yang membuktikan sesi Parlimen berperanan dalam apa jua keadaan


"Saya menyokong inisiatif sesi online oleh Parlimen Digital


"Ini menunjukkan kesediaan anak muda Malaysia turut serta dalam membina negara dan peranannya membahaskan undang-undang dan dasar negara.


"Semangat dan kesungguhan mereka adalah ujian bahawa sidang Parlimen boleh dilakukan walaupun semasa pandemik Covid-19, jika pihak berwajib benar-benar mencuba.


"Kerajaan telah kehabisan alasan untuk tidak melaksanakan sidang Parlimen dan mereka tidak berminat langsung dalam semak dan imbang kepada institusi demokrasi kita," katanya.


Anwar berjanji akan mengikuti dengan teliti sesi wacana mengembangkan perspektif belia tersebut. Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli Parlimen Digital yang akan menjalankan sesi mereka pada Sabtu hingga Ahad.


Anwar juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Speaker Dewan, Ayman Hazwani dan Lim Wei Jiet yang akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page