top of page

Sesi libat urus: Kerajaan MADANI tegas perangi salah laku buli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read
ree

Komitmen Kerajaan MADANI untuk membanteras salah laku buli semakin jelas melalui sesi libat urus dilaksana Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri yang sedang giat dilaksanakan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sesi berkenaan bertujuan mendapatkan pandangan masyarakat berhubung cadangan pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Tribunal Antibuli.


"Baru-baru ini, saya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Sri Azalina Othman Said hadir ke sesi libat urus Antibuli peringkat negeri Selangor.


"Antara isu yang dibangkitkan ialah definisi buli serta skop pelaksanaan RUU tersebut," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Fadhlina sementara itu menegaskan usaha memerangi buli memerlukan pendekatan kolektif rentas kementerian, agensi kerajaan serta kerjasama semua segmen masyarakat.


Jelasnya, semua pandangan yang dikongsikan menerusi sesi libat urus dan portal khas akan diperhalusi supaya tribunal yang bakal diwujudkan nanti benar-benar mampu menangani isu buli secara berkesan

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page