top of page

Sesi libat urus Belanjawan 2022 Selangor dapat sambutan pelbagai perwakilan sosial



Sesi libat urus Belanjawan Selangor 2022 yang berlangsung sejak minggu lalu mendapat sambutan amat menggalakkan.


Kerajaan Negeri memperolehi pelbagai maklum balas daripada berbagai-bagai pertubuhan sosial, NGO profesional, alam sekitar, sehinggalah pemimpin masyarakat setempat yang menyumbang idea untuk dimuatkan ke dalam perancangan Belanjawan Negeri 2022.


Bagi Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, beliau berpuas hati dengan sesi libat urus diadakan di beberapa lokasi pada tahun ini dan pendapat-pendapat yang diutarakan amat membina.


"Hari ini ada sidang bersama pimpinan yang menjawat jawatan parti tetapi mereka juga ada jawatan di peringat negeri sebagai Exco, ADUN, Ahli Majlis. Kita mendengar pandangan-pandangan mereka apakah isu yang wajar diberikan perhatian bagi Belanjawan 2022.


"Sebahagian besar daripada keprihatinan mereka adalah berkaitan isu orang muda. Bagaimana kita perlu menyantuni dan memberikan perhatian . Kedua berkenaan kelompok terkesan akibat pandemik. Dan kita boleh merujuk sebahagian besarnya di kalangan miskin bandar.


"Kita sedang teliti kerana mempunyai masa sebulan 10 hari lagi dan hal itu kita boleh dikoordinat balik dengan program-program, di samping kita memberi perhatian terhadap teknologi hijau dan masyarakat," katanya di hadapan wartawan usai sesi libat urus bersama piminan politik KEADILAN petang semalam di hotel Wyndham Acmar, Klang.


Tambah beliau, sesi tersebut juga memberi kesempatan kepada Kerajaan Negeri untuk memberitahu kedudukan kewangan negeri dan perkara-perkara yang menjadi kekangan untuk dilakukan.


Ditanya mengenai cadangan untuk menjadikan bandar Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor sebagai warisan sejarah, Amirudin berkata, hal itu akan dilaksanakan dan peruntukan khas akan disediakan bagi menjadikan bandar berkenaan tarikan baharu pelancongan di Selangor.


"Sedang didaftarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa di bawah warisan dan ia akan menjadi tarikan sesuai dengan kapasiti imej bandar Kuala Kubu sebagai bandar terancang pertama di Malaysia.


"Aspek penyusunan bandar di situ menjadi pemula kepada bandar moden seluruh Malaysia dan wajar dijaga dan diperkenalkan kepada masyarakattentang sejarah permodenan Malaysia yang dimulakan di Kuala Kubu," katanya.


MB turut bersetuju dengan cadangan untuk menyediakan rumah pekerja di Selangor, terutama kepada pekerja industri agar kehidupan mereka lebih selesa dan tidak mudah dijangkiti wabak sebagaimana pengalaman dengan pandemik Covid 19 sebelum ini.


"Ini antara perkara yang dibangkitkan untuk melihat sebarang kemungkinan untuk keselesaan pekerja dan mengekang perebakan penyakit sebagaimana pandemik itu dapat ditangani dengan baik. Ini perkara yang ditimbulkan sejak pembentangan pertama," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page