top of page

SERVE Selangor jayakan Misi Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa 'kepala air' di Yan



Sukarelawan SERVE Selangor berjaya mengajurkan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Daerah Yan, Kedah pada 30 dan 31 Ogos lalu.


Menurut Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan SERVE, Ahmad Danish Hairudin, misi tersebut telah berjaya menyerahkan bantuan pelbagai barangan keperluan harian kepada penduduk yang terkesan akibat musibah bencana kepala air di kawasan Titi Hayun, Titi Teras dan Kampung Jerai Bukit yang melibatkan lebih 1,200 buah keluarga.


"Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan SERVE atas komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan yang pertama SERVE ke Daerah YAN Kedah pada hujung Ogos lalu," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Danish, SERVE diwujudkan sebagai jentera sukarelawan bersepadu bagi membantu komuniti ketika krisis dan bencana dan memupuk belia yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan.


"SERVE juga berperanan untuk mengukuhkan jaringan dengan masyarakat akar umbi.


"SERVE akan menjadi platform kepada Kerajaan Negeri untuk terus membantu rakyat yang terkesan selari dengan asprisasi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, iaitu Selangor Maju Bersama," katanya lagi.


Beliau juga bagi pihak SERVE mengucapkan penghargaan kepada Mohd Khairuddin bin Othman, Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi, Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor merangkap ADUN Kota Anggerik, Dr. Gunaraj George, Koordinator Perhubungan Masyarakat kepada Menteri Besar Selangor merangkap ADUN Sentosa, Tuan Mohamad Nizam Marjugi, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Awalludin Sharif, Ahli Majlis MPAJ, seluruh jawatankuasa Penggerak Belia Negeri Selangor dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang diberikan dalam menjayakan misi tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page