top of page

Seruan Anwar disahut, sumbangan dana meningkat ke RM1 juta


Sehari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai memberikan sumbangan untuk Palestin, seruan itu disahut apabila jumlah dana meningkat ke RM1 juta.


Presiden KEADILAN itu berkata, beliau menghargai keprihatinan orang ramai dan memberi jaminan bahawa dana itu akan terus disalurkan kepada rakyat Palestin.


"Saya bersyukur kerana dalam tempoh sehari, kita telah mengumpul lebih RM500 ribu dengan jumlah terkumpul sebanyak RM1 juta yang terus dikirim kepada rakan-rakan untuk kebajikan, pendidikan, pembangunan dan keselamatan rakyat Palestin.


"Saya junjung kasih khusus kepada Sultan Kelantan yang telah murah hati menyumbangkan satu dana untuk melengkapkan keperluan kita mengirim segera.


"Dengan usaha dan inisiatif yang kecil ini, saya meminta rakan-rakan meneruskan usaha membantu kepada Viva Palestina Malaysia dan MyAqsaDefenders supaya pengurusan dana terkawal dan telus dan tidak ada kemungkinan ketirisan.


"Terima kasih kepada rakan yang beri sumbangan dan saya ambil inisiatif menyegerakan tanggungjawab, saya harap saudara membantu mengikut keperluan keupayaan kepada mana-mana badan yang saya sebutkan," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page