top of page

"Seribu isu demonstrasi", henti naratif membodohkan rakyat - Wanita KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 26
  • 2 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN Pusat menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin agar menghentikan penggunaan naratif pesimis dan provokatif yang hanya mengelirukan rakyat tanpa menawarkan sebarang penyelesaian nyata.


Exco Wanita KEADILAN Pusat, Nur Jafni Abdullah (gambar) dalam satu kenyataan menempelak dakwaan Timbalan Presiden BERSATU itu yang mendakwa kononnya wujud “seribu isu” yang membelenggu rakyat sehingga mendorong mereka menyertai himpunan di ibu negara hari ini.


"Dakwaan tersebut hanya retorik kosong yang tidak membawa sebarang penyelesaian kepada masalah sebenar negara, sekadar melemparkan tuduhan tanpa asas," kata Nur Jafni.


Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa hak berhimpun dan bersuara merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi. Namun, ia perlu dilaksanakan secara berprinsip dan membina, bukan dijadikan medan politik kebencian serta serangan peribadi terhadap pemimpin negara.


"Himpunan yang dirancang pembangkang bukanlah jalan penyelesaian erhadap isu rakyat. Sebaliknya hanya mengganggu usaha pemulihan negara yang sedang digerakkan oleh Kerajaan MADANI.


"Pembangkang terus memainkan angka rekaan seperti ‘seribu isu’ untuk memesongkan persepsi rakyat, walhal sehingga hari ini, tiada bukti kukuh menunjukkan Perdana Menteri terlibat dalam sebarang salah guna kuasa atau rasuah," ujarnya.


Nur Jafni turut menegaskan bahawa Anwar bukan punca kepada permasalahan negara, sebaliknya beliau terpaksa mewarisi beban dan kelemahan oleh pentadbiran terdahulu.


Sebaik diberi mandat sebagai Perdana Menterim Anwar tegasnya tanpa membuang masa atau menyalahkan sesiapa terus fokus mengangkat kembali ekonomi negara termasuk menarik pelaburan dan memastikan pembangunan dilaksana secara menyeluruh serta inklusif.


"Inisiatif Jualan Rahmah yang diperluas, penurunan harga RON95 secara berperingkat, serta bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membuktikan bahawa kerajaan tidak menyorok dari masalah, sebaliknya tampil dengan penyelesaian berfakta dan menyeluruh.


"Sepatutnya pembangkang tampil membantu dan menyokong langkah yang memberi manfaat kepada rakyat, bukan menghasut dengan dalih-dalih kosong," tambahnya menerusi kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page