top of page

Serangan Tun M ke atas Anwar tunjuk politiknya semakin tidak relevan



Serangan terbaharu mantan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa pemimpin veteran itu sudah hilang kerelevanan dalam politik negara semakin pudar.


Dr James Chin, pensyarah kajian Asia dari Universiti Tasmania, Australia berkata begitu sebagai mengulas wawancara Mahathir dengan Berita Harian, 25 Disember lalu.


Serangan dibuat terhadap Anwar yang kini telah dilantik sebagai Perdana Menteri juga jelas Chin merupakan pengulangan terhadap naratif sama yang dimainkan 20 tahun lalu.


"Ini petanda Dr Mahathir semakin kurang relevan dalam politik Malaysia. Masyarakat tidak lagi mengambil pandangannya dengan serius.


"Beliau, Mukhriz dan pakatan pimpinannya – Gerakan Tanah Air (GTA) kalah dan hilang deposit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau dan Mukhriz berada dalam keadaan sukar dari sudut politik," katanya dipetik


Mahathir pada wawancara itu menyatakan ketidakyakinannya terhadap Anwar untuk memimpin Malaysia keluar daripada krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.


Beliau mendakwa pendapatnya itu adalah berdasarkan ketidakupayaan Anwar berdepan dengan krisis kewangan Asia dua dekad lalu.


Untuk rekod, Mahathir antara 369 calon kerusi Parlimen yang kalah teruk dan hangus wang deposit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.


Dia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi dimenanginya pada PRU14 dengan hanya mengaut 4,566 undi, sekali gus tewas kepada Mohd Suhaimi Abdullah mewakili Perikatan Nasional (PN) yang menang dengan majoriti 13,518 undi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page