top of page

Serangan terhadap kanak-kanak tidak berperikemanusiaan - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read

ree

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengecam serangan terhadap anak mantan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dalam insiden yang berlaku di Putrajaya semalam.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) menerusi kenyataan menegaskan kanak-kanak wajar dilindungi dan tidak sama sekali boleh dijadikan mangsa dalam apa jua keadaan.


"Saya amat terkejut, sedih dan mengecam sekeras-kerasnya serangan tersebut.


"Kanak-kanak sama sekali tidak boleh dijadikan mangsa dalam apa jua keadaan. Tindakan sebegini adalah kejam, tidak berperikemanusiaan, dan mesti dikecam sekeras-kerasnya oleh semua pihak," katanya dalam kenyataan.


Menerusi kenyataan sama, Fuziah turut mengesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera dan tegas dengan membawa pelaku-pelaku ini ke muka pengadilan, serta memastikan keselamatan dan perlindungan semua rakyat, khususnya kanak-kanak.


Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian serangan berlaku kira-kira jam 2 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.


Manakala menurut kenyataan Rafizi, serangan dilakukan dua lelaki berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page