top of page

Serangan terhadap anak, ahli keluarga langgar garis merah politik - AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read

ree

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Danish Hairuddin, mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan fizikal terhadap anak kepada Ahli Parlimen (MP) Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang berlaku semalam.


Beliau menyifatkan serangan ke atas seorang kanak kanak merupakan perbuatan pengecut dan hina yang tidak boleh dibiarkan.


"Menyakiti seorang kanak-kanak adalah perbuatan paling hina, pengecut, dan langsung tidak bermoral.


"Berbeza pandangan mahupun ideologi politik bukan asbab untuk bertindak tidak berperikemanusiaan dan di luar norma sebagai manusia bertamadun," katanya dalam satu kenyataan.


Danish memberi amaran, jika insiden tersebut bermotifkan politik, ia menandakan wujudnya budaya politik melampau yang meracuni minda segelintir pihak sehingga sanggup menggadai nilai kemanusiaan demi dendam politik.


"Saya menegaskan, politik kebencian seperti ini mesti ditolak mentah-mentah oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira parti atau fahaman.


"Semua pihak perlu kembali kepada politik yang sihat, berlandaskan hujah dan idea, bukan politik ganas yang menakut-nakutkan rakyat.


"Serangan terhadap kanak-kanak dan ahli keluarga adalah garis merah yang tidak boleh dilintasi dalam mana-mana budaya berpolitik," tegasnya.


Beliau turut mendesak pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh, mengheret pelaku ke muka pengadilan, dan memastikan keadilan ditegakkan.


Katanya, keselamatan setiap anak tanpa mengira latar belakang keluarga mesti menjadi keutamaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page