top of page

Serangan 'pak guard' di Ipoh: Pastikan siasatan tiada campurtangan politik - AMK


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mahu kes serangan ke atas 'pak guard' di Ipoh sehingga menyebabkan kematian yang video kejadiannya tular baru-baru ini, disiasat secara tegas oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


Naib Ketua AMK Malaysia, Thiban Subbramaniam berkata, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara perlu memastikan satu siasatan yang adil tanpa campurtangan politik dibuat dalam kes kematian tersebut.

"Rakaman video CCTV yang tular sejak beberapa hari lalu di media sosial telah mendapat perhatian dan kecaman daripada netizen berikutan insiden seorang lelaki yang sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan diserang pada 2020 lalu di sebuah kondominium sekitar Ipoh.


"Berikutan insiden serangan tersebut, pengawal keselamatan bernama S. Thavasagayam berumur 64 tahun dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan selama lapan bulan. Beliau meninggal dunia pada Jumaat lalu. Dalam tempoh itu beliau telah menjalani pembedahan otak sebanyak lapan kali akibat serangan itu.


"Semalam saya bersama Ketua AMK Selangor YB Chua Wei Kiat telah menziarahi keluarga mendiang di kediaman beliau dan menyampaikan sedikit sumbangan mewakili keluarga besar AMK Malaysia," katanya dalam kenayataan hari ini.


Video serangan ke atas pak guard yang tular

Menurut beliau lagi, sebelum ini terdapat aduan kesukaran yang dihadapi keluarga mangsa dalam membuat laporan polis.


Oleh itu, Thiban berkata, status penyerang yang merupaka ahli politik parti pemerintah sepatutnya tidak menyukarkan sebarang tindakan diambil selepas kes tersebut mendapat reaksi orang ramai.


"Isteri mendiang Thavasagayam, Puan Philomena telah berkongsi pengalaman beliau berada disisi suaminya melihat penderitaan mendiang berpunca daripada insiden serangan sehingga menghembuskan nafas terakhir


"Beliau turut berkongsi pengalaman dua kali pergi ke balai polis untuk melaporkan insiden ini namun mendakwa tidak mendapat layanan yang adil


"Dakwa Philomena pihak polis tidak memandang serius kes itu sehingga video serangan tular di media sosial. Saya memandang serius isu yang dibangkitkan beliau


"Ianya dikhabarkan bahawa lelaki yang didakwa menyerang 'Pak Guard' adalah ahli sebuah parti politik kerajaan. Ini menimbulkan persoalan apakah status lelaki tersebut menjadi penghalang untuk kes ini diselesaikan dengan cepat?" tanyanya.


Thiban berharap selepas ini siasatan dilakukan dengan serapi mungkin apabila kes berkenaan diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh


"AMK bersolidariti bersama keluarga mendiang dan menuntut keadilan untuk mereka. Satu siasatan adil harus dilakukan dan hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap pelaku.


"Keadilan harus ditegakkan oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tanpa sebarang campurtangan politik. Semoga makcik Philomena yang terpaksa meneruskan kehidupan seorang diri kekal tabah menghadapi dugaan ini," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page