top of page

Serangan ke atas sistem kehakiman, AMK Kemaman kecam sikap penyokong Umno



Serangan berterusan ke atas sistem kehakiman negara lewat kes rayuan bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak di Mahkamah Persekutuan boleh memudaratkan negara.


Menurut Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kemaman, serangan daripada pemimpin dan penyokong parti memerintah itu memperlihatkan terdesaknya ahli politik pro Najib untuk menarik simpati dan membina persepsi positif ke atas pemimpin mereka biarpun telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.


"AMK Kemaman mengecam tindakan pimpinan dan penyokong Umno menyerang institusi kehakiman negara berikutan kes rayuan SRC International oleh bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan yang bermula minggu ini.


"Tindakan itu adalah satu tindakan yang amat terdesak oleh pimpinan dan penyokong Umno dalam mempertahankan kluster mahkamah yang hanya menunggu masa untuk mendaftar masuk di penjara.


"Tindakan menyerang keperibadian Ketua Hakim Negara YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat oleh tentera siber Umno di media sosial begitu dikesali. Tndakan ini jelas amat biadap kepada institusi kehakiman negara. Penyokong Umno jelas tidak menghormati institusi kehakiman dan dengan sesuka hati mencipta persepsi buruk terhadap Ketua Hakim Negara," kata AMK Kemaman dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan Unit Penerangan AMK Kemaman lagi, ulasan pemimpin Umno mempertikaikan bukti baharu yang ditolak Mahkamah Persekutuan, ketelusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan kredibiliti Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan yang menjatuhkan hukuman ke atas Najib sebelum ini oleh parti memerintah sangat bahaya kepada masa depan sistem perundangan Malaysia.


"Tindakan ini membuktikan Umno sedang mengalami krisis integriti yang amat parah di kalangan anggota parti.


"Tindakan yang dibuat oleh kepimpinan Umno dan penyokongnya juga jelas melanggar kesopanan dan kesusilaan serta mencabar keluhuran Perlembagaan negara.


"Rakyat yang mendokong prinsip Rukun Negara wajib menolak Umno pada Pilihan Raya Umum ke 15. Jangan biarkan golongan yang jelas tidak menghormati undang undang dan tidak berintegriti terus memegang tampuk pemerintahan negara," kata AMK lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page