top of page

Serangan Israel di Masjidil Aqsa ceroboh hak asasi manusia - AMK



Serangan rejim Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin di Masjid al Aqsa pada bulan Ramadan dikutuk sekeras-kerasnya oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.


Menurut Ketua Biro Antarabangsa AMK, Fakharuddin Moslim, pencerobohan polis Israel tersebut merupakan suatu bentuk pencabulan ke atas hak asasi warga Palestin, tindakan tidak bertamadun, biadap serta amat tidak bertanggungjawab.


"Dengan menghalang hak umat Islam beribadat dan berkumpul di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel secara terang-terangan telah mencabuli Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Kovensyen Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966 yang mana Israel adalah salah satu penandatangan.

Fakharuddin Moslim

"Tindakan sewenang-wenangnya rejim Israel ini mencetuskan kemarahan umat Islam, bahkan juga penganut agama lain yang cintakan keharmonian dan kedamaian," kata Fakharuddin dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, kata beliau, AMK turut menyatakan solidariti bersama umat Islam Palestin dan melahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap derita mereka.


"Atas dasar komitmen terhadap prinsip keadilan dan kedamaian sejagat, AMK menyatakan rasa simpati dan solidariti bersama umat Islam di Baitul Maqdis.


"AMK menggesa supaya satu tindakan kolektif diambil dengan kadar segera oleh masyarakat antarabangsa untuk menghentikan serta-merta penindasan rejim Israel ke atas umat Islam di Baitul Maqdis.


"AMK juga menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan penting dalam mempelopori usaha di peringkat antarabangsa untuk menghentikan pencabulan hak umat Islam di Palestin," katanya lagi.


Selain itu, Fakharuddin juga berkata AMK mengajak umat Islam Malaysia untuk bersama sama mendoakan warga Palestin agar terus diberi ketabahan dan kekutan menempuhi tempoh sukar ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page