top of page

Serangan Israel di Doha penghinaan keamanan, diplomasi antarabangsa - AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 11
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia hari ini menyatakan pendirian teguh untuk berganding bahu bersama pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat Qatar dan Yaman serta aktivis kemanusiaan yang memperjuangkan nasib rakyat Gaza dalam usaha menentang kebiadapan dan serangan berterusan rejim Israel.


Pengarah Biro Hubungan Antarabangsa AMK, Arief Izuadin berkata, pihaknya menyeru komuniti antarabangsa untuk menghentikan budaya pencerobohan dan menegakkan keamanan yang adil serta bermaruah.


''Seperti ditegaskan PM Anwar, tindakan ini adalah penghinaan terhadap keamanan dan diplomasi antarabangsa.


''Kami menyokong penuh kenyataan PM Anwar yang mengecam tindakan ganas dan bacul Israel yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa, menggugat kedaulatan negara dan membahayakan nyawa orang awam di kawasan terlibat.

Arief Izuadin
Arief Izuadin

''Kami juga menzahirkan penghargaan terhadap keberanian rakyat Malaysia yang menyertai misi flotilla (menghantar bantuan melalui kapal laut ke Gaza), khususnya para selebriti dan aktivis tanah air yang berani tampil ke barisan hadapan membela keadilan untuk rakyat Palestin,'' katanya dalam kenyataan hari ini.


Arief berkata dalam tempoh kurang daripada tiga hari, dunia dikejutkan dengan empat insiden besar yang memperlihatkan bagaimana normalisasi keganasan semakin meracuni keamanan sejagat.


Insiden pertama katanya berlaku pada 7 September lalu apabila serangan dron menyasarkan kapal Global Sumud Flotilla yang berlabuh di perairan Tunisia.


''Pada 8 September pula, pembunuhan Perdana Menteri Yaman di ibu negara Sanaa.


''Hari berikutnya, 9 September menyaksikan serangan udara ke atas ibu negara Qatar, Doha.


''Pada 10 September pula berlaku serangan dron terhadap kapal Alma milik Global Sumud Flotilla di Tunisia yang turut disertai aktivis Malaysia termasuk selebriti tanah air seperti Zizi Kirana, Ardell Aryana, PU Rahmat, dan Farah Lee.


''Tiada kecederaan dilaporkan dan semua rakyat Malaysia dilaporkan selamat,'' katanya lagi.


Sebelum ini serangan ganas Israel ke atas kawasan kediaman di Doha telah mendapat bantahan negara Arab dan antarabangsa.


Operasi itu dikatakan melibatkan 15 jet pejuang Israel, yang menembak 10 peluru berpandu ke arah satu sasaran tunggal.


Serangan bertujuan untuk membunuh anggota delegasi perunding Hamas yang berada di Doha untuk rundingan gencatan senjata Palestin-Israel yang dimoderatorkan oleh Qatar.


Namun serangan itu membuktikan Israel tidak ingin berdamai dan mahu meneruskan keganasan di bumi Palestin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page