top of page

Serang misi kemanusian ke Gaza, cabul nilai kemanusiaan - MAHAR

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 7
  • 2 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysian Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) melahirkan kebimbangan mendalam terhadap krisis yang semakin meruncing di Syria dan Gaza.


Penasihat Mahar, Nurul Izzah Anwar berkata, keganasan berterusan tentera pengganas Israel menyebabkan penderitaan yang tidak terhingga kepada penduduk awam.


Selain itu, sekatan sepenuhnya kemasukan makanan, ubat-ubatan, dan keperluan asas kepada penduduk sejak dua bulan lalu akan mendorong kepada bencana kemanusiaan lebih besar di wilayah itu.


"Kita mesti bertegas menolak sebarang usaha untuk membisukan suara kemanusiaan atau menjadikan belas kasihan sebagai satu jenayah.


"Tindakan menjadikan makanan dan bantuan sebagai senjata perang ini telah mewujudkan keadaan yang sangat terdesak, mendorong kanak-kanak ke ambang kebuluran dan kekurangan zat yang serius.


"Sama ada di Syria atau Gaza, masa depan mesti ditentukan oleh rakyat, bukan melalui keganasan, sekatan atau kebuluran," katanya dalam satu kenyataan.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, ribuan kanak-kanak kini berada dalam risiko kematian akibat kebuluran akut dan ketiadaan akses kepada rawatan asas di wilayah bergolak itu.


Sementara itu Nurul Izzah menerusi kenyataan sama turut mengecam serangan Israel terhadap kapal bantuan kemanusiaan Conscience yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition.


Dunia tegasnya mesti bertegas menolak sebarang usaha untuk membisukan suara kemanusiaan atau menjadikan belas kasihan sebagai satu jenayah.


"Serangan terhadap flotila bantuan bukan sahaja mencabuli maruah manusia, ia adalah serangan terhadap nilai kemanusiaan sejagat kita," tegasnya.


Media sebelum ini melaporkan, kapal bantuan itu diserang dron pada awal 2 Mei lalu ketika dalam perjalanan dari Tunisia ke Gaza.


Serangan berhampiran perairan wilayah Malta itu menyebabkan kebakaran dan kerosakan besar pada bilik enjin dan badan kapal.


Setakat Isnin, pihak berkuasa Malta fahamkan masih menolak memberi bantuan perubatan kecemasan dan rundingan bagi membenarkannya kapal itu berlabuh untuk pembaikan segera masih diteruskan.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page