top of page

Serang Iran: NGO anti Israel akan hantar memorandum ke kedutaan AS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 hours ago
  • 1 min read

Fakhrulrazi (dua dari kanan) bersama wakil NGO bermesyuarat dan mendengar taklimat dari kedutaan
Fakhrulrazi (dua dari kanan) bersama wakil NGO bermesyuarat dan mendengar taklimat dari kedutaan

Kumpulan NGO menentang tindakan ceroboh Israel menyerang Iran hari ini bermesyuarat bersama wakil kedutaan Iran dan Palestin di Kuala Lumpur.


Menurut mantan ADUN Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, mesyuarat pada petang tadi telah membincangkan tindakan selanjutnya dari NGO Malaysia untuk menyatakan penentangan kepada rejim Zionis dan sekutunya yang membuli negara Islam seperti Iran.


Sebagai langkah awal, kata Fakhrulrazi, kumpulan NGO itu akan menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur. AS merupakan sekutu utama Israel dan sebelum konflik dilaporkan telah membekal senjata kepada negara Zionis itu untuk berperang.


"Mesyuarat tergempar bersama kedutaan Iran dan Palestin mendapatkan maklumat rasmi terkini dari kerajaan mereka.


"InsyaAllah esok kami akan ke kedutaan Amerika untuk menghantar bantahan dan memorandum sebagai sedikit usaha sebelum tindakan lebih besar bagi membela warga Palestin dan Iran," katanya dalam muat naik di Facebook.


Selain itu, mesyuarat turun membincangkan menghimpunkan NGO NGO prihatin Malaysia dalam Deklarasi NGO Kuala Lumpur menentang serangan ganas Israel yang turut akan menyeru badan antarabangsa melakukan tindakan tegas ke atas pemimpin rejim Israel, manakala rakyat Malaysia mengusahakan tentangan secara pasif kepada sekutu Israel terutama terkait ekonomi dan sebagainya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page