top of page

Serang hospital: Rejim Israel cabul Konvensyen Geneva - Dr Zaliha



Serangan udara oleh rejim Israel ke atas Hospital Arab al-Ahli di Gaza, Palestin telah mencabul Konvensyen Geneva, tegas Dr Zaliha Mustafa.


Beliau yang juga Menteri Kesihatan menyelar tindakan biadap rejim sehingga menyebabkan lebih 500 terkorban dan menggesa semua rakyat Malaysia bersolidariti bersama rakyat Palestin.


"Saya menyelar sekeras-kerasnya serangan rejim Israel terhadap Hospital Arab al-Ahli di Gaza, Palestin. Tindakan ini dengan jelas mencabul Konvensyen Geneva.


"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersolidariti bersama-sama dengan rakyat Palestin," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.


Semalam, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut mengeluar kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas hospital terbabit dan menyifatkan tindakan itu sebagai "keganasan terancang" dan "jenayah perang".


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan rejim itu sebagai tindakan yang sudah sampai ke tahap gila dan tidak berperikemanusiaan.


Menyatakan pendirian kerajaan yang mengutuk keras tindakan itu, Anwar mahu serangan terhadap penduduk awam dihentikan serta merta.


Rejim Zionis sebelum ini mempertahankan tindakannya membedil kawasan awam di Genting Gaza yang dikepung sebagai hak mempertahankan diri selepas Hamas melancarkan serangan mengejut digelar Operasi Taufan al-Aqsa pada Sabtu lalu.


Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell antara pemimpin dunia yang turut membidas tindakan terbaharu rejim Israel dengan menegaskan bahawa hak mempertahankan diri perlu dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa bukannya menyerang kawasan penempatan awam secara membabi buta.


Setakat ini serangan udara Israel ke atas penempatan awam di Gaza telah mengorbankan sekitar 3,000 nyawa.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page