top of page

Serahan Memorandum Di Kedutaan Amerika Kuala Lumpur

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • May 24, 2021
  • 1 min read

Usaha Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain menyerahkan memorandum bantahan berhubung serangan Israel di Gaza pada Isnin gagal apabila tindakan mereka dihalang oleh polis.


Ketika hujan lebat itu mereka berusaha menyerahkan memorandum kepada wakil Kedutaan Besar Amerika Syarikat di ibu negara.


Kumpulan yang diwakili Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi berada di kawasan berkenaan kira-kira 20 minit bagi menyatakan bantahan terhadap serangan yang berlaku di Palestin.


Bendera Israel turut dibakar sebagai tanda mereka mengutuk sekeras-kerasnya serangan dilancarkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang menyasarkan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza, yang masih berlanjutan sejak seminggu lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page