top of page

Serahan Deepavali Semarakkan Semangat MADANI di Pasir Gudang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14
  • 1 min read

Rozy (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan Deepavali
Rozy (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan Deepavali

Wanita KEADILAN Pasir Gudang terus menunjukkan komitmen terhadap semangat kebersamaan dan keprihatinan melalui Program Serahan Kotak Makanan & Saree Deepavali yang diadakan dengan kerjasama KipMall Masai pada Ahad.


Program itu menyaksikan pengagihan kotak makanan sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada penerima yang layak, selain penyerahan 40 helai sari bagi menceriakan sambutan Deepavali yang bakal tiba.


Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pasir Gudang, Noraziah Mohd Razit, berkata inisiatif seumpama itu menggambarkan semangat MADANI yang menekankan nilai kasih sayang, kepedulian, dan perpaduan rakyat berbilang kaum.


"Sumbangan ini bukan sekadar bantuan kebendaan, tetapi lambang keprihatinan dan semangat muhibah yang sentiasa menjadi pegangan KEADILAN serta Kerajaan MADANI," katanya.


Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat berharap sumbangan yang diserahkan itu dapat menceriakan penerima dalam membuat persiapan menyambut Deepavali.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page