Serahan bantuan banjir Selangor Bangkit giat dilakukan



Serahan bantuan banjir Selangor Bangkit kepada mangsa mangsa banjir pada pertengahan Disember lalu telah bermula sejak semalam dan sedang giat diaturkan di seluruh negeri.


Hari ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari melawat salah satu tempat serahan bantuan di Hulu Langat.


"Sebagaimana yang diumumkan semalam, telah bermula penyampaian Bantuan Selangor Bangkit di semua daerah daerah di Selangor. Saya sempat menyampaikan sempena lawatan sehari di Hulu Langat.


"Terima kasih Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat yang mengaturkan pemberian yang efisyen dan ringkas," katanya.


Penyerahan Bantuan di Daerah Hulu Langat dilakukan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, PPS SRA Dusun Nanding dan PPS SMK Abdul Jalil


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER