top of page

Sepuluh Ahli Parlimen dilantik pengerusikan JKPK-15



Sepuluh Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang dilantik mempengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ke-15 (JKPK).


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata jawatan kuasa itu akan membantu menteri dan kementerian mencari jalan penyelesaian bersama terhadap isu yang dibangkitkan.


Jawatan kuasa itu jelasnya akan diberi tempat untuk bertugas dan setiap mesyuarat yang diadakan dan akan direkod dalam hansard selain boleh membawa usul ke Dewan Rakyat sekiranya sesuatu isu itu memerlukan perbincangan dan perbahasan di Dewan Rakyat.


"Dua pegawai penyelidik sepenuh masa diberi kepada setiap jawatankuasa ini. Kemudian peruntukan kewangan juga diberi kepada mereka untuk berfungsi lebih efektif.


"Mereka juga mempunyai kuasa tertentu seperti apa yang dipersetujui dan boleh berhubungan dengan pihak yang mahu berurusan.


"Kita harap kewujudan jawatankuasa ini akan menyelesaikan pelbagai masalah dan isu dibangkitkan dari semasa ke semasa. Saya yakin peranan aktif dimainkan oleh pengerusi dan jawatan kuasanya akan membawa natijah yang lebih untuk negara maju ke hadapan.


"Mungkin ada isu yang selama ini terhalang untuk dibawa ke Parlimen dan mungkin dapat dileraikan. Ini salah satu reformasi yang sedang dilaksana, di samping reformasi lain yang sedang berjalan," katanya


Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dilantik sebagai Pengerusi JKPK Kewangan dan Ekonomi dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pula sebagai Pengerusi JKPK Kesihatan.


Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin sebagai Pengerusi JKPK Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian; Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab sebagai Pengerusi JKPK Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebagai Pengerusi JKPK Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia.


Turut dilantik, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin sebagai Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim sebagai Pengerusi JKPK Alam Sekitar, Sains dan Perladangan.


Sementara Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin pula dilantik Pengerusi JKPK Keselamatan; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen sebagai Pengerusi JKPK Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen sebagai Pengerusi JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page