top of page

September Hari Malaysia, ulang tahun Reformasi - Andre Lai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 15, 2023
  • 2 min read



Rakyat memperingati tarikh 16 September sebagai hari terbentuknya Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 1963.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, detik 16 September amat bermakna buat rakyat Malaysia Timur kerana menikmati kemerdekaan daripada penjajah British setelah menyertai Semenanjung untuk membentuk Persekutuan Malaysia.


"September 16 merupakan hari yang istimewa buat rakyat Malaysia. 60 tahun yang lalu, hari ini lahirnya sebuah negara baru dengan kemasukkan beberapa wilayah membentuk Malaysia.


"Meskipun Malaysia hanya tinggal wilayah Sarawak, Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu (selepas Singapura meninggalkan persekutuan), namun kita telah melalui perjalanan selama 60 tahun bersama sebagai satu identiti.


"(Lebih bermakna) tahun ini merupakan tahun pertama Malaysia meraikan sambutan Hari Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun menurut Andre Lai, para pendukung gerakan Reformasi mempunyai kenangan yang lebih istimewa berhubung tarikh 2 - 20 September, kerana pada waktu itu Reformasi diisytiharkan selepas konspirasi politik memusnahkan karier Anwar dan melucutkan beliau daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri lewat pelbagai fitnah.


"Untuk setiap anggota KEADILAN, September membawa erti yang berbeza. September ini bulan lahirnya pergerakkan Reformasi pada 1998, yang membawa kelahiran sebuah parti politik baru bernama Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat," katanya.


Andre (dua dari kanan) bersama Datuk Afdlin Shauki dan ADN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman

Tambah Andre, 25 tahun telah berlalu semenjak 1998 dan pergerakkan reformasi telah membuahkan hasil. Agenda reformasi meresap di setiap aspek pentadbiran kerajaan Malaysia dengan dilantiknya Bapa Reformasi Anwar Ibrahim sebagai PM ke sepuluh.


"Meskipun telah menjadi sebahagian daripada kerajaan, telah lama saya tidak mendengar slogan Reformasi, Suara Rakyat Suara Keramat, Membujur Lalu, Melintang Patah.


"Slogan-slogan inilah menemani kita dan Datuk Seri Anwar dalam perjalanan 2 dekad untuk mencapai kejayaan. Bahkan dalam ucapan di MATC Wangsa Maju baru-baru ini, saya menyebut istilah ini berulang-ulang kali, kerana saya tidak ingin ahli-ahli Cabang leka hanya kerana Perdana Menteri datang dari KEADILAN.


"Mentor saya pernah mengingatkan saya, dunia politik dunia beribu kebarangkalian. Hanya dengan mempunyai iltizam reformasi yang kuat, maka kami mampu menghadapi mana-mana cabaran unsur jahat, ekstremis yang tidak membantu dalam perpaduan negara," katanya.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu lagi, Reformasi KEADILAN bukanlah sekadar slogan kosong, tetapi ia adalah aspirasi rakyat yang mahukan perubahan yang bermakna dan berkesan.


Reformasi KEADILAN, katanya, menuntut keadilan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang.


Reformasi KEADILAN menolak sebarang bentuk penindasan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diskriminasi, pengganasan dan eksploitasi yang merosakkan maruah dan martabat rakyat Malaysia.


Sama ada sebagai pejuang reformasi atau rakyat Malaysia, kata Andre Lai, beliau bangga menjadi kedua duanya.


"Malaysia yang berusia 60 tahun akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Reformasi, dan teruslah bereformasi. Malaysia kita yang punya. Jangan lupa, jangan leka, kita semua satu keluarga," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page