top of page

Separuh penggal: Pelbagai indeks utama tunjuk kejayaan Kerajaan Perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 24
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan Perpaduan yang telah memerintah melebihi dua tahun telah menunjukkan rekod yang memberansangkan pada separuh penggal.


Indikator terkini pertumbuhan ekonomi negara serta pelbagai indeks utama kewangan dan kebebasan awam menunjukkan pencapaian yang amat baik bagi kerajaan yang ditubuhkan pada November 2022 itu.


Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar kejayaan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulihkan ekonomi dan meningkatkan kecekapan kerajaan dalam dua tahun merupakan pencapaian cemerlang dan seharusnya menjadi berita baik kepada rakyat, bukannya sebagaimana dakyah pembangkang yang mahu PM meletak jawatan atas perkara perkara kecil.

Onn Abu Bakar
Onn Abu Bakar

Malah menurut beliau, gesaan meletak jawatan itu memperlihatkan seolah-olah pembangkang tidak mempunyai isu untuk diketengahkan, selain tidak mempunyai calon khusus yang sehebat Datuk Seri Anwar.


"Betul.. setuju (mereka tak ada calon PM yang boleh menandingi Anwar).


"Mereka juga tak ada buah fikiran langsung. Bagi saya, tak wajar pembangkang desak Datuk Seri Anwar letak jawatan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Pejabat Presiden KEADILAN diminta mengulas mengenai kejayaan separuh penggal Kerajaan MADANI.


Dalam kajian yang dibuat pelbagai pihak baru baru ini mendapati Malaysia melonjak ke tangga ke-35 dalam Indeks Pembangunan Belia Global (YDI) 2023 berbanding ke-50 pada 2020. Juga berada pada tangga ke 57 dalam Indeks Persepsi Rasuah, tangga ke-10 Indeks Keamanan Global yang membuat pelabur asing yakin untuk menanam lebih banyak modal di negara ini.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page