top of page

Seorang lagi disiasat, dipercayai buat hantaran jelik terhadap Institusi Diraja

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 22
  • 1 min read

Seorang pengguna media sosial disiasat dipercayai membuat hantaran jelik terhadap institusi diraja
Seorang pengguna media sosial disiasat dipercayai membuat hantaran jelik terhadap institusi diraja

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia agar menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab.


Menerusi satu kenyataan pada Isnin, MCMC memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap satu lagi komen berunsur jelik melampau yang dimuat naik seorang individu di Facebook, melibatkan Institusi Diraja dalam isu pelantikan Ketua Hakim Negara.


Bagi membantu siasatan, Individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Kampung Melayu Subang, Selangor.


"Satu unit telefon bimbit dan kad SIM telah disita bagi membantu siasatan," kata MCMC.


Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Suruhanjaya itu menerusi kenyataan sama menegaskan, kebebasan bersuara datang bersama tanggungjawab, terutama dalam konteks sistem raja berperlembagaan yang menjadi tunjang negara.


"Penyebaran kandungan yang bersifat jelik, hasutan atau fitnah, khususnya yang menyentuh institusi diraja dan keharmonian negara, boleh membawa implikasi serius terhadap kestabilan negara.


"Gunakan media sosial dengan penuh hemah. Elakkan penyebaran kandungan yang melampaui batas hingga menjejaskan ketenteraman awam," tegas suruhanjaya itu.


Minggu lalu,MCMC memaklumkan pihaknya telah memanggil seorang invididu supaya hadir membantu siasatan dan diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi


Ia berikutan hantaran percayai mengandungi dakwaan palsu kononnya Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan awal berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page