top of page

Senoi Praaq jaga sempadan Kelantan: Langkah terbaik basmi penyeludupan



Oleh: Akmal Manaf


Setelah sekian lama sempadan Malaysia - Thailand, khususnya melibatkan jajaran Kelantan di Gungai Golok menjadi laluan utama penyeludupan pelbagai jenis barangan termasuk pil terlarang dan dadah, langkah terbaharu Kerajaan Madani menggunakan pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq membantu mengawal sempadan dianggap tindakan ampuh membanteras kegiatan haram.


Bagi aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali, ucapan tahniah wajar diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan iltizam memperketatkan kawalan sempadan di negeri berkenaan.


Pada 25 November lalu, media melaporkan hampir 100 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan membantu bertugas di sempadan Kelantan-Thailand bermula 1 Disember ini berikutan pelaksanaan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram.


"Tahniah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri yang serius buat agenda reformasi dalam KDN bagi membasmi najis dadah di Kelantan.


"Ia rentetan kes satu tan pil kuda bernilai RM65 juta dan syabu bernilai RM17 juta dirampas dan 'kantoi' kes artis Kelantan tersohor ditangkap di Golok," katanya dalam kenyataan.


Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, penguatkuasaan itu merupakan satu langkah untuk memperkasakan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu menggunakan laluan yang tidak diwartakan untuk memasuki negara ini.


Justeru katanya, rakyat Malaysia akan ditangkap ketika mereka menjejakkan kaki di negara ini selepas pulang dari Thailand melalui pangkalan haram.


"Undang-undang menerusi Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 sudah ada, cuma kita akan lebih menguatkuasakan akta itu pada 1 Disember ini.


"Kita akan tangkap rakyat Malaysia yang masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan. Bukan hanya rakyat tempatan, warga asing seperti Thailand dan Myanmar juga akan dikenakan tindakan sama," katanya seperti dilapor.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page