top of page

Senarai sokongan Anwar PM9 bukan dari KEADILAN



Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil menafikan beliau mengeluar atau dikaitkan dengan senarai nama-nama Ahli Parlimen yang menyokong Anwar.


Senarai yang tular sejak semalam dan dipetik beberapa portal berita serta blogger, menamakan 121 Ahli Parlimen dari pelbagai parti yang didakwa menyokong Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 9.


"Tidak benar, saya tiada senarai seperti yang didakwa dan tidak pernah memberi sebarang senarai kepada mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan di Twitter.


Senarai Ahli Parlimen menyokong Anwar heboh buat kali kedua selepas tular lebih seminggu lalu yang memaksa berbelas-belas Ahli Parlimen BN membuat kenyataan menafikan mereka telah beralih arah.


Anwar dalam kenyataan medianya pada 22 September hanya menegaskan sokongan yang beliau terima kukuh dan bukan sekitar 10 kerusi majoriti. Beliau akan mempersembahkan sokongan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum mendedahkan kepada awam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page